Penaikan Taraf One UI 4.1 (Android 12)
One UI 4.1 menyediakan pelbagai fungsi baru dan peningkatan untuk peranti Galaxy anda. Lebih intuitif, lebih menyeronokkan, lebih selamat dan lebih senang digunakan.
Semak perubahan tersebut di bawah.
Palet warna
Sesuaikan tablet anda dengan warna unik berdasarkan hiasan latar anda. Warna anda akan digunakan pada menu, butang, latar belakang dan aplikasi di seluruh tablet anda.
Privasi
One UI 4.1 menyediakan perlindungan privasi yang kukuh untuk memastikan maklumat peribadi anda tidak jatuh ke tangan yang salah.
Maklumat kebenaran dalam sekilas pandang
Lihat bila setiap aplikasi mengakses kebenaran sensitif seperti Lokasi, Kamera atau Mikrofon dalam penggunaan Kebenaran. Anda boleh menolak kebenaran untuk mana-mana aplikasi yang anda tidak bersetuju.
Penunjuk kamera dan mikrofon
Elakkan pengintip daripada mendapat akses. Titik hijau akan muncu...