Kemas Kini One UI 4.1
One UI 4.1 membawakan ciri terkini untuk peranti Galaxy anda. Lebih intuitif, lebih menyeronokkan, lebih selamat dan lebih senang digunakan.
Semak perubahan tersebut di bawah.
Kamera
Kini lebih mudah untuk merakam foto dan video yang hebat.
Lebih pilihan untuk video potret
Tangkap video potret yang hebat walaupun subjek anda berada jauh. Anda kini boleh merakam video potret dengan kanta 3x pada kamera belakang sebagai tambahan kepada kanta 1x.
Galeri
Lakukan lebih banyak dengan kenangan anda. Galeri membawakan ciri yang dipertingkatkan untuk pengindukan semula serta turut menyusun gambar dan video anda. Perkongsian kini juga lebih mudah berbanding sebelumnya.
Pengindukan semula yang hebat
Jadikan foto anda kelihatan lebih baik daripada sebelumnya. Tajamkan muka kabur, betulkan herotan pada TV atau skrin komputer serta tingkatkan kecerahan dan resolusi.
Lebih cadangan
Dapatkan ba...