Naik taraf One UI 2 dengan Android 10
One UI 2 membawakan anda Android 10, dengan ciri baru daripada Samsung dan Google berdasarkan maklum balas daripada pengguna seperti anda.
Kami mengesyorkan anda untuk menyandarkan data penting anda bagi melindunginya semasa naik taraf.
Sesetengah aplikasi termasuklah Kalkulator, Samsung Internet, Samsung Health dan Samsung Notes perlu dikemas kini secara individu selepas anda mengemas kini OS anda.
Berikut ialah ciri baru.
Mod gelap
- Pelarasan imej, teks dan warna untuk persekitaran siang dan malam ditingkatkan.
- Hiasan latar, widget, dan penggera digelapkan semasa Mod gelap dihidupkan.
Ikon dan warna
- Ikon aplikasi dan warna sistem yang lebih jelas.
- Reka letak untuk tajuk dan butang untuk menghapuskan ruang skrin yang dibazirkan telah ditingkatkan.
Animasi yang lebih lancar
- Animasi ditingkatkan dengan sentuhan yang menarik.
Gerak isyarat skrin penuh
- Gerak isyarat pemanduan...