Kemas Kini One UI 4.1
One UI 4.1 membawakan ciri terkini untuk peranti Galaxy anda. Lebih intuitif, lebih menyeronokkan, lebih selamat dan lebih senang digunakan.
Semak perubahan tersebut di bawah.
Galeri
Tambah kesan potret
Anda kini boleh menambah kabur latar belakang pada mana-mana gambar dengan orang dalam paparan.
Pencahayaan semula potret
Laraskan pencahayaan untuk potret, walaupun selepas anda menangkapnya bagi memastikan anda sentiasa mendapat tangkapan yang sempurna.
Tukar foto gerakan yang tidak perlu kepada imej pegun
Jimatkan ruang storan dengan menukar foto gerakan kepada imej pegun. Galeri akan mencadangkan gambar yang tidak memerlukan gerakan seperti dokumen.
Kongsi album sebagai pautan
Tidak perlu menjemput orang ke album dikongsi secara individu lagi. Cuma buat pautan yang boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja, walaupun mereka tidak mempunyai Samsung account atau peranti Galaxy.
Semua...