Kemas Kini One UI 5.1
One UI 5.1 membawa telefon anda ke tahap seterusnya dengan ciri Galeri baharu serta peningkatan produktiviti dan pemperibadian.
Kamera dan Galeri
Carian yang lebih berkuasa
Anda kini boleh mencari Galeri anda untuk lebih daripada seorang atau subjek pada masa yang sama. Anda juga boleh mencari orang tanpa mengetag nama mereka, hanya dengan mengetik muka mereka.
Pengindukan semula imej dipertingkatkan
Pengindukan semula melakukan lebih banyak lagi bagi menjadikan gambar anda kelihatan hebat dengan mengalih keluar bayang-bayang dan pantulan. Anda juga boleh menginduk semula GIF untuk peleraian dan kejelasan yang lebih baik. Pratonton juga telah ditambah baik untuk memudahkan perbandingan gambar asal dengan salinan yang induk semula.
Cipta album keluarga kongsi
Berkongsi gambar dengan keluarga anda kini lebih mudah berbanding sebelum ini. Galeri akan mencadangkan gambar untuk ditambahkan k...