Firmware Samsung, SM-F700F (DBT) | MS

Muat turun firmware Samsung terkini ✅ SM-F700F DBT. Senarai penuh perisian yang boleh dimuat turun

Memaparkan 1-10 daripada 65 items.
Senarai firmware Samsung
DeviceModelRegionPDA/AP VersionCSC VersionMODEM/CP VersionOs VersionBuild Date
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FTBSEKWL1F700FOXTEKWL1F700FXXSEKWL113
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FTBUDKWI6F700FOXTDKWI6F700FXXUDKWH713
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FTBUDKWH7F700FOXTDKWH7F700FXXUDKWH713
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FTBUCJWF1F700FOXTCJWF1F700FXXUCJWE313
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FXXUCJWF1F700FOXMCJWF1F700FXXUCJWE313
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FXXUBJWD2F700FOXMBJWD2F700FXXUBJWD213
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FTBUBJWD2F700FOXTBJWD2F700FXXUBJWD213
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FXXSAJWC1F700FOXMAJWADF700FXXUAJWAD13
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FXXUAJWADF700FOXMAJWADF700FXXUAJWAD13
Samsung Galaxy ZSM-F700FDBTF700FTBUAJWADF700FOXTAJWADF700FXXUAJWAD13

Spesifikasi peranti Samsung SM-F700F

  • Samsung Galaxy Z Flip SM-F700F
  • Display diagonal: 17 cm (6.7")
  • Display resolution: 2636 x 1080 pixels
  • Display type: Dynamic AMOLED
  • Processor frequency: 2.95 GHz
  • Processor family: Qualcomm Snapdragon
  • Processor model: 855+
  • RAM capacity: 8 GB
  • Internal storage capacity: 256 GB
  • Rear camera resolution (numeric): 12 MP
  • Rear camera type: Dual camera
  • SIM card capability: Dual SIM
  • Operating system installed: Android 10.0
  • Battery capacity: 3300 mAh
  • Product colour: Purple
  • Weight: 183 g

Log perubahan: SM-F700F(DBT)

Penaikan Taraf One UI 4 (Android 12)

One UI 4 menyediakan pelbagai fungsi baru dan peningkatan untuk peranti Galaxy anda. Lebih intuitif, lebih menyeronokkan, lebih selamat dan lebih senang digunakan.

Semak perubahan tersebut di bawah.


Palet warna

Sesuaikan telefon anda dengan warna unik berdasarkan hiasan latar anda. Warna anda akan digunakan pada menu, butang, latar belakang dan aplikasi di seluruh telefon anda.


Privasi

One UI 4 menyediakan perlindungan privasi yang kukuh untuk memastikan maklumat peribadi anda tidak jatuh ke tangan yang salah.

Maklumat kebenaran dalam sekilas pandang
Lihat bila setiap aplikasi mengakses kebenaran sensitif seperti Lokasi, Kamera atau Mikrofon dalam penggunaan Kebenaran. Anda boleh menolak kebenaran untuk mana-mana aplikasi yang anda tidak bersetuju.

Penunjuk kamera dan mikrofon
Elakkan pengintip daripada mendapat akses. Titik hijau akan muncul di sudut kanan atas skrin apabila mana-mana aplikasi menggunakan kamera atau mikrofon. Anda juga boleh menggunakan kawalan panel cepat untuk menyekat semua aplikasi daripada menggunakan kamera atau mikrofon buat sementara waktu.

Lokasi anggaran
Pastikan lokasi tepat anda rahsia. Anda boleh setkan aplikasi yang tidak perlu mengetahui lokasi tepat anda untuk hanya dapat mengakses kawasan umum anda.

Perlindungan papan klip
Pastikan kata laluan, nombor kad kredit dan maklumat sensitif anda yang lain disimpan dengan selamat. Anda boleh memilih untuk menerima amaran setiap kali aplikasi mengakses kandungan yang disalin ke papan klip dalam aplikasi lain.


Papan Kekunci Samsung

Lebih daripada sekadar menaip, Papan Kekunci Samsung adalah tentang mengekspresi diri anda dan berseronok.

Capaian pantas ke GIF, emoji dan pelekat
Pengekspresian diri kini lebih mudah. Dapatkan emoji, GIF dan pelekat anda terus dari papan kekunci dengan satu butang.

Pasangan emoji animasi
Tidak menemui emoji yang betul? Gabungkan dua emoji bersama, kemudian tambah animasi untuk benar-benar menyampaikan perasaan anda.

Lebih banyak lagi pelekat
Giatkan perbualan anda dengan pelbagai pelekat animasi baharu yang tersedia untuk dimuat turun.

Pembantu menulis
Pastikan tatabahasa dan ejaan anda tepat dengan pembantu menulis baharu yang dikuasakan oleh Grammarly (Bahasa Inggeris sahaja).


Skrin utama

Semuanya bermula di Skrin utama, di mana aplikasi dan ciri kegemaran dapat diakses dengan satu ketikan sahaja. One UI 4 membantu anda memastikan skrin utama anda sentiasa kelihatan terbaik sepanjang masa.

Reka bentuk widget baharu
Widget telah direka bentuk semula untuk tampilan yang lebih baik dengan maklumat yang mudah dilihat dalam sekilas pandang dan gaya yang lebih konsisten.

Pemilihan widget yang lebih mudah
Menghadapi masalah mencari widget yang betul? Anda kini dapat menatal senarai widget dengan cepat untuk melihat apa yang tersedia daripada setiap aplikasi. Anda juga akan mendapat cadangan widget berguna untuk dicuba.


Skrin kunci

Gunakan widget untuk mengendalikan tugasan pantas tanpa membuka kunci telefon anda, sama ada untuk mengawal muzik, menyemak jadual atau merakam idea terbaik anda.

Mendengar di tempat pilihan anda
Tukar output audio daripada buds kepada pembesar suara ke telefon anda, semuanya dari Skrin kunci.

Perakam suara
Ada idea yang hebat? Rakam memo suara tanpa membuka kunci telefon anda.

Kalendar dan jadual sekaligus
Semak jadual hari ini bersama kalendar anda untuk sepanjang bulan di skrin Kunci.


Kamera

Nikmati reka letak yang lebih ringkas semasa anda mengambil gambar dan video. Butang pengoptimum keadaan/pemandangan hanya dipaparkan dalam mod Foto jika terdapat cahaya rendah atau anda sedang mengimbas dokumen. Aturan mod Potret dan Malam kini tersembunyi dan lebih intuitif.

Lensa dan zum
Ikon lensa menunjukkan tahap pembesaran, jadi anda tahu sejauh mana anda telah zum masuk.

Video yang tidak pernah terlepas setiap detik
Rakaman akan dimulakan sebaik sahaja anda ketik butang Rekod, bukan ketika anda melepaskannya, supaya anda dapat merakam detik-detik istimewa itu sebelum ia hilang. Dalam mod Foto, anda boleh sentuh dan tahan butang Pengatup untuk mula merakam video yang ringkas, kemudian seret jari anda ke ikon Kunci untuk meneruskan rakaman tanpa menahan Pengatup.

Teruskan tangkapan tunggal anda
Tambah masa lebihan sebanyak 5 saat kepada tangkapan untuk tangkapan tunggal supaya anda tidak meninggalkan setiap detik walaupun ia melebihi masa. Ia juga lebih mudah untuk pilih apa yang anda mahu tangkap.

Fotografi pro
Kekal terkawal dengan aturan mod video Pro dan Pro yang direka bentuk semula. Tampilan yang lebih rapi membantu anda fokus pada tangkapan gambar dan penunjuk tahap baru yang ditambahkan pada garisan grid membantu anda memastikan tangkapan gambar yang seimbang.

Imbasan yang dipertingkatkan
Imbas dokumen, kemudian ketik kaca pembesar untuk zum masuk dan sunting ia dengan serta-merta. Anda juga dapat melakukan lebih lagi selepas mengimbas kod QR seperti memanggil atau menghantar e-mel kepada seseorang daripada hanya menambahkan maklumat kenalan mereka ke telefon anda.


Galeri

Sama ada anda mempunyai ribuan gambar dan video atau hanya beberapa detik berharga, Galeri menjadikannya lebih mudah untuk mencari apa yang anda perlukan dan mengatur koleksi anda dengan teratur.

Cerita yang dipertingkatkan
Lihat kisah anda dihidupkan dengan sorotan video yang dicipta secara automatik. Hanya ketik pratonton di bahagian atas setiap cerita untuk menonton. Anda juga dapat mencari tempat di mana gambar dalam cerita anda diambil dalam paparan Peta baharu.

Album yang lebih mudah
Isih album dengan lebih mudah — walaupun ia mempunyai banyak gambar. Sebenarnya, anda boleh isih album mengikut jumlah gambar dan video yang terdapat di dalamnya supaya album kegemaran anda dan yang paling kerap digunakan sentiasa berada di bahagian atas senarai. Imej utama juga tampil di bahagian atas skrin ketika anda melihat album untuk memberi anda gambaran yang lebih baik mengenai isi album tersebut.

Menambah baik dengan mudah
Mengembalikan gambar yang ditambah baik ke versi asal pada bila-bila masa, walaupun ia telah disimpan, agar anda tidak perlu risau tentang kehilangan sebarang gambar.

Lebih banyak kawalan ke atas maklumat
Ubah atau buang tarikh, masa dan lokasi gambar anda untuk memperbetul atau merahsiakannya. Anda juga boleh memilih beberapa gambar dan menyunting maklumatnya sekaligus.


Foto dan video editor

Kadang kala foto dan video anda memerlukan sedikit perubahan. Foto dan video editor One UI disediakan untuk memastikan gambar anda dalam versi terbaik sebelum dikongsikan.

Emoji dan pelekat
Gunakan emoji untuk menutup wajah rakan yang pemalu atau tambah pelekat untuk mencipta gambar dan video yang menyeronokkan.

Kolaj video
Buat kolaj bergerak yang merangkumi gambar, video atau gabungan kedua-duanya. Pilih detik-detik yang sempurna dan cipta karya unggul anda.

Kawalan pencahayaan
Gambar terlalu gelap kerana pencahayaan yang buruk? Ciri imbangan cahaya yang baharu membantu anda mmenyerlahkan semua butiran untuk menjadikannya hebat.

Filem sorotan
Ubah set gambar dan video menjadi filem yang indah dengan mudah. Hanya pilih tema dan AI akan tambahkan muzik dan peralihan secara automatik.

Tidak akan kehilangan salinan yang asal
Beranilah dalam aktiviti suntingan anda! Anda kini boleh mengembalikan gambar dan video balik ke versi asalnya selepas disimpan atau simpannya sebagai salinan agar dapat menyimpan kedua-dua versi asal dan yang telah disunting.

Tampal dari satu gambar ke gambar yang lain
Bereksperimen dengan mencampur dan memadankan wajah, haiwan peliharaan, bangunan dan banyak lagi. Anda boleh potong sebarang objek dari satu gambar dan menampalnya ke dalam gambar yang lain.


Emoji AR

Gunakan emoji peribadi anda untuk menjadikan mesej anda lebih menarik, membuat video yang seronok dan banyak lagi. Anda boleh cipta versi digital diri anda atau mencuba penampilan yang lain. Potensi yang tidak terbatas.

Jadikan profil anda lebih menarik
Gunakan emoji AR sebagai gambar profil anda di Kenalan dan Samsung account. Anda boleh memilih dari lebih 10 gaya atau cipta ekspresi anda sendiri.

Pelekat wajah
Berpura-pura menjadi emoji anda dengan pelekat baharu wajah emoji anda. Berseronok menghiasi foto dan berkongsi dengan rakan-rakan anda.

Menari sepanjang malam
Buat video tarian hebat dengan emoji AR anda. Pilih templat dari 10 kategori yang berbeza termasuk #Seronok, #Comel dan #Parti.

Reka pakaian anda sendiri
Ingin menjadi pereka fesyen? Anda kini boleh menggunakan lukisan anda sendiri untuk mencipta pakaian yang unik bagi emoji AR anda.


Kongsi

One UI membantu anda terus berhubung dan berkongsi pengalaman anda dengan orang lain. Hanya ketik butang Kongsi di mana-mana aplikasi.

Lebih banyak penyesuaian
Miliki perkongsian anda. Anda boleh menyesuaikan senarai aplikasi yang tampil apabila anda berkongsi kandungan untuk mengekalkan penampilan yang teratur dan hanya fokus pada aplikasi yang kerap digunakan oleh anda.

Navigasi yang lebih mudah
Reka letak yang baharu dan navigasi yang lebih baik memudahkan perkongsian. Leret ke kiri atau kanan untuk menatal aplikasi dan kenalan apabila anda berkongsi.

Perkongsian foto
Apabila gambar yang dikongsikan oleh anda kelihatan tidak betul, sama ada tidak tajam atau tidak disusun dengan baik, kami akan memaklumkan kepada anda dan memberi cadangan untuk memperbaikinya.


Kalendar

One UI 4 memudahkan anda untuk mengatur hidup anda yang sibuk.

Semak jadual anda pada Skrin utama
Widget baru menunjukkan jadual anda untuk hari itu berserta kalendar lengkap untuk bulan tersebut.

Tambah peristiwa dengan cepat
Perlu menambah sesuatu ke kalendar anda dengan cepat? Hanya masukkan tajuk dan anda sudah selesai.

Lebih banyak pilihan carian
Anda mempunyai lebih banyak cara untuk mencari peristiwa kalendar anda. Pilih dari kata kunci carian terkini atau tapis mengikut warna atau pelekat.

Kongsi dengan orang lain
Kadang kala anda perlu memastikan orang lain kekal termaklum. Kini lebih mudah untuk kongsikan kalendar anda dengan pengguna Galaxy yang lain.

Pemilihan tarikh dan masa yang lebih mudah
Aturan butiran peristiwa adalah sangat mudah dengan pilihan tarikh dan masa yang berasingan.

Dapatkan kembali peristiwa yang dipadamkan
Peristiwa yang anda padam akan kekal dalam Sampah selama 30 hari agar anda boleh mendapatkannya kembali jika perlu.


Samsung Internet

Pelayar web One UI yang pantas dan selamat kini menjadikannya lebih mudah untuk mencari laman web yang anda mahu serta melindungi privasi anda.

Cadangan carian
Dapatkan lebih banyak cadangan carian apabila anda memasukkan teks di bar alamat. Hasil akan tampil dengan reka bentuk baharu.

Cari dari Skrin utama
Widget carian baharu membantu anda mencari apa yang anda mahu, terus dari skrin Utama.

Mulakan dalam mod Rahsia
Untuk melindungi privasi anda, Samsung Internet akan bermula secara automatik dalam mod Rahsia jika anda menggunakan mod Rahsia semasa sesi pelayaran terakhir anda.


Penjagaan peranti

Lihat prestasi, keselamatan dan hayat bateri telefon anda dalam sekilas pandang, selesaikan masalah dengan cepat serta dapatkan diagnostik yang teliti untuk masalah yang lebih rumit.

Bateri dan keselamatan dalam sekilas pandang
Masalah bateri dan keselamatan akan tampil pada skrin utama agar anda dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

Fahami status keseluruhan telefon anda
Status keseluruhan telefon anda ditunjukkan sebagai emoji, jadi anda dapat memahami dengan serta-merta.

Semakan diagnostik
Kini, anda boleh mendapatkan diagnostik Samsung Members dari Penjagaan Peranti. Sekiranya ada masalah dengan telefon anda, cuba ujian diagnostik untuk mengetahui masalahnya dan dapatkan cadangan untuk menyelesaikannya.


Samsung Health

Urus semua data kesihatan anda di satu tempat dan mulakan membina tabiat untuk masa depan yang lebih baik. Jejak senaman, tidur, pengambilan makanan anda dan banyak lagi. One UI 4 menjadikannya lebih mudah.

Reka bentuk baharu
Dapatkan data penting anda hanya dengan satu ketik. Segala yang anda perlukan mudah dicapai pada empat tab di bahagian bawah skrin.

Halaman saya
Dapatkan ringkasan statistik kesihatan, pencapaian, terbaik sendiri dan kemajuan anda pada tab Halaman saya.

Cabar rakan anda
Mulakan cabaran Sesama dengan lebih mudah. Jemput rakan-rakan dengan menghantar pautan.

Lebih inklusif
Pilihan jantina lebih inklusif. Anda kini boleh memilih Lain-lain atau Memilih untuk tidak menyebut.

Lebih pilihan makanan
Mencatat pengambilan makanan anda adalah lebih mudah dengan lebih banyak makanan ringan ditambahkan ke penjejak makanan.


Bixby Routines

Gunakan telefon anda untuk melakukan lebih banyak perkara untuk anda. Hidupkan Wi-Fi secara automatik apabila anda pulang ke rumah atau setkan telefon anda pada mod senyap ketika anda berada di tempat kerja. One UI 4 memberi anda lebih banyak potensi.

Lebih banyak keadaan
Lebih banyak keadaan disediakan untuk rutin anda. Mulakan rutin semasa membuat panggilan atau ketika pemberitahuan tertentu tiba.

Lebih tindakan
Anda kini boleh menghidupkan Pemprosesan yang dipertingkatkan dengan rutin. Terdapat juga lebih banyak pilihan seperti sambungan dan nyahsambung peranti Bluetooth.

Lebih kawalan
Susun semula tindakan dengan menyentuh dan menahan tindakan di halaman sunting. Pilihan lanjutan juga telah ditambahkan untuk membolehkan anda tunggu sebelum tindakan bermula, sahkan tindakan dan lebih banyak lagi.

Lebih kombinasi
Kami telah membuang sekatan untuk beberapa kombinasi keadaan dan tindakan agar anda dapat melakukan lebih banyak lagi dengan rutin anda.

Lebih banyak penyesuaian
Cipta ikon tersuai untuk rutin anda dengan menggunakan Kamera atau imej dari Galeri.


Kebolehcapaian

One UI direka untuk semua. Dalam One UI 4, anda akan dapat lebih pilihan bagi membantu anda menggunakan telefon anda dengan cara yang paling selesa untuk anda.

Sentiasa tersedia ketika anda memerlukannya
Capai ciri-ciri kebolehcapaian dengan lebih cepat melalui butang terapung yang sentiasa tersedia.

Gerak isyarat tetikus
Lakukan tindakan dengan lebih pantas dengan menggerakkan penunjuk tetikus anda ke salah satu daripada 4 penjuru skrin.

Laraskan skrin anda sekaligus
Laraskan kontras dan saiz serentak dengan mod Paparan tersuai (Kontras tinggi atau Paparan besar).

Keselesaan mata
Lebih banyak pilihan keterlihatan tersedia untuk memenuhi keperluan anda. Anda boleh mengurangkan kelutsinaran atau kabur.

Pemberitahuan flash yang disesuaikan
Hidupkan flash pada skrin semasa anda menerima pemberitahuan. Anda sesuaikan warna untuk setiap aplikasi agar anda boleh menentukan dengan mudah sumber pemberitahuan.

Pembesaran lebih mudah
Tetingkap pembesar telah digabungkan dengan menu Pembesar baharu, memberikan anda lebih pilihan dan lebih kawalan untuk memperbesarkan kandungan pada skrin.


Lebih banyak ciri dan penambahbaikan

Always On Display yang Lebih Baik
Jangan terlepas pemberitahuan. Anda kini dapat menetapkan Always On Display untuk dihidupkan setiap kali anda mendapat pemberitahuan. Pelekat animasi baharu juga tersedia untuk memastikan Always On Display kelihatan segar.

Mod Gelap yang dipertingkatkan
Untuk memastikan anda selesa dalam suasana gelap, mod Gelap kini secara automatik memalapkan hiasan latar dan ikon. Ilustrasi dalam Samsung apps kini mempunyai versi mod Gelap dengan warna yang lebih gelap untuk pengalaman yang lebih konsisten dan menyelesakan mata anda.

Maklumat Mengecas dalam sekilas pandang
Semasa anda mula mengecas, kesan visual yang berbeza memberitahu anda tentang kelajuan pengecasan anda dengan lebih intuitif.

Kawalan kecerahan yang lebih mudah
Bar kecerahan yang lebih besar di panel cepat memudahkan penukaran kecerahan skrin dengan satu leret.

Petua video pratonton
Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang dapat dilakukan oleh Galaxy anda dengan video pratonton di skrin utama aplikasi Petua.

Menu keselamatan dan kecemasan
Menu Keselamatan dan kecemasan yang baharu di Aturan membolehkan anda menguruskan semua kenalan kecemasan serta maklumat keselamatan anda di satu tempat.

Aturan Carian dipertingkatkan
Ciri carian yang lebih baik membantu anda mencari aturan yang anda perlukan dan pada masa yang diingini. Anda akan mendapat cadangan untuk ciri berkaitan bergantung pada apa yang anda cari.

Kekalkan pandangan anda di jalan raya
Pemantauan memandu yang baharu dalam Kesejahteraan Digital menjejak bila anda menggunakan telefon anda semasa memandu. Anda akan mendapat laporan mengenai jumlah penggunaan telefon anda serta aplikasi yang anda gunakan.

Langkau penggera sekali sahaja
Rasa nak tidur? Anda kini boleh mematikan penggera hanya sekali. Ia akan dihidupkan semula secara automatik selepas ia dilangkau.

Waktu siang atau malam dalam sekilas pandang
Ada rakan di seberang dunia? Lebih mudah untuk melihat sama ada ianya masa yang sesuai untuk menghubungi mereka. Widget jam duaan kini menunjukkan warna latar belakang yang berbeza untuk setiap bandar bergantung sama ada ia adalah waktu siang atau malam.

Tukar dari teks ke panggilan
Tidak mahu menghantar teks? Ketik nama orang tersebut di bahagian atas perbualan untuk melihat butiran atau mulakan panggilan suara atau video.

Lebih banyak hasil carian dalam Mesej
Sekarang anda boleh mencari foto, video, pautan web dan banyak lagi pada mesej anda. Semua hasil ditapis, jadi anda boleh terus ke item yang anda cari.

Carian lebih mudah di Fail Saya
Dapatkan fail yang anda cari, walaupun tersilap taip atau nama tidak padan secara tepat. Ruang fail Terkini juga telah diperluas untuk membantu anda mencari fail yang anda telah gunakan atau baru diterima dengan lebih cepat.

Gambar-dalam-gambar yang boleh diubah saiz
Sekiranya video terapung mengganggu, cubit jari anda untuk menjadikannya lebih kecil. Ingin melihat lebih banyak? Jarakkan jari anda untuk menjadikannya lebih besar.

Capaian pantas ke pilihan tetingkap pop timbul
Untuk melakukan pelbagai tugas dengan lebih mudah, anda boleh pin menu pilihan tetingkap ke bahagian atas tetingkap untuk memudahkan akses.


Beberapa aplikasi perlu dikemas kini secara berasingan selepas kemas kini One UI 4.

• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Keseluruhan kestabilan peranti anda telah ditingkatkan.
• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

Kemas Kini One UI 3.1.1

One UI 3.1.1 untuk Galaxy Z Flip menjadikan berbilang-tugas lebih mudah daripada sebelumnya dengan ciri berbilang tetingkap yang dipertingkatkan. Panel Mod Fleks baharu memberikan anda lebih banyak kawalan terhadap main semula media dan panggilan video – dengan kawasan tontonan di bahagian atas dan kawalan di bahagian bawah. Anda juga boleh menemui cara baharu untuk mengambil swafoto dan bersosial. Terokai penambahan baharu yang menarik ini yang menjadikan Galaxy Z Flip anda lebih mudah dan seronok digunakan.

Tatal ke bawah untuk melihat senarai perubahan yang lengkap.

Berbilang tetingkap
• Sentuh dan tahan teks, pautan atau file dalam Nota, Fail Saya, Mesej atau Samsung Internet, kemudian seret ke tepi skrin untuk membukanya di skrin pisah atau tetingkap timbul.

Panel Edge
• Skrin latar belakang tidak lagi kabur apabila anda membuka panel edge.

Kamera
• Rakam video AR Doodle dalam 9:16, 1:1 dan skrin penuh untuk memaparkannya di pelbagai tempat.

Ppn kkunci Samsung
• Pelekat pramuat yang lebih baik.

Kesejahteraan Digital
• Hidupkan mod Waktu Tidur pada bila-bila masa yang anda mahukan. Tidur pada waktu yang berbeza dari biasa? Tiada masalah.

Jam
• Apabila anda meninggalkan aplikasi Jam semasa pemasa berjalan, pemasa mini akan muncul di atas aplikasi lain supaya anda dapat menjejak baki masa yang ada.

Labs
Cuba ciri eksperimen.
• Buka semua aplikasi dalam skrin pisah atau paparan timbul.
• Gunakan mod Fleks dengan lebih banyak aplikasi apabila telefon anda dilipat sebahagian.

Beberapa aplikasi perlu dikemas kini secara berasingan selepas kemas kini One UI 3.1.1.

Selepas mengemas kini, anda tidak akan dapat menurunkan taraf ke perisian yang lama kerana kemas kinian dasar keselamatan.

• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Kestabilan fungsi keseluruhan dipertingkatkan.
• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Prestasi Kamera telah dipertingkatkan
• Quick Share yang Dipertingkatkan
- Perkongsian fail antara peranti Galaxy dipertingkatkan dengan menggunakan Quick Share.
• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

· Prestasi yang dipertingkatkan. - Kamera
· Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

Kalendar
- Keluarkan tarikh dan alamat dari tajuk peristiwa dan cadangkan pendaftaran automatik.
- Terima pemberitahuan dari peranti SmartThings yang juga mempunyai pemberitahuan jadual yang ditentukan.
Kamera
- Prestasi Kamera telah dipertingkatkan
Paparan
- Fungsi pelindung keselesaan mata telah ditambah.
- Suhu warna skrin secara automatik disesuaikan mengikut waktu hari.
Pertukaran Auto Fon Telinga
- Menyokong pertukaran auto Fon Telinga antara telefon dan tablet Galaxy.
Peringatan
- Keluarkan tarikh dan alamat dari reminder memo dan cadangkan untuk mendaftar secara automatik, dan ingatkan maklumat penting mengikut keadaan.
Kongsi Lembaran
- Ia adalah mungkin sekarang untuk melindungi privasi anda dengan memadam maklumat lokasi foto yang diambil sebelum berkongsi atau menyiarkannya di media sosial.
Platform Sosial
- Selaras pautan sah yang dicipta pada peranti dengan Samsung account berdaftar yang sama.
- Penggunaan perkhidmatan media sosial telah dipermudahkan. Ia adalah mungkin untuk berkongsi profil, foto, nota, jadual, dan banyak lagi dengan rakan-rakan hanya dengan log masuk ke Samsung account anda.
Photo Editor
- Ciri pemadam objek telah ditambahkan ke Labs dalam Photo Editor.
- Menggunakan Pemadam Objek membolehkan anda memadamkan objek yang anda ingin lakukan dalam foto.

• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

Penaikan Taraf One UI 3 (Android 11)

One UI 3 direka untuk membantu anda fokus kepada perkara yang penting. Reka bentuk semula visual kami telah menambah baik tempat yang paling sering anda kunjungi, seperti Skrin Utama dan panel cepat, untuk mengurangkan gangguan, menonjolkan maklumat penting dan menjadikan pengalaman anda lebih konsisten. Penambahbaikan prestasi akan membantu aplikasi berjalan dengan lebih cepat sambil mengurangkan penggunaan kuasa bateri. One UI 3 membolehkan kawalan sepenuhnya oleh anda dengan ciri kawalan privasi baharu, kebenaran satu kali dan Kesejahteraan Digital yang dipertingkatkan.



Tatal ke bawah untuk melihat senarai perubahan yang lengkap.



Reka bentuk visual

Kami telah memperbaharui penampilan dan suasana One UI 3 dalam pelbagai cara, besar dan kecil, dari ikon baharu yang lebih konsisten hingga kepada pengaturan panel cepat dan pemberitahuan yang lebih pintar. Pergerakan lebih lancar dan lebih sejadi daripada sebelum ini, dengan animasi yang lebih baik dan maklum balas haptik untuk interaksi biasa. Dan antara muka bergerak balas terhadap saiz skrin yang berbeza untuk memberikan pengalaman terbaik di mana-mana peranti, sama ada telefon, peranti boleh lipat mahu pun tablet.



Prestasi Bertambah Baik

Kami mengoptimumkan One UI 3 dengan peruntukan memori dinamik yang dipertingkatkan jadi aplikasi berjalan dengan lebih cepat dengan prestasi yang lebih baik. Kami juga telah mengehadkan aktiviti latar untuk memberikan prestasi dan penggunaan tenaga yang lebih baik.



Penyesuaian yang lebih baik

• Kategori imej baharu telah ditambahkan pada skrin Kunci Dinamik dan anda boleh memilih hingga 5 kategori sekali gus.

• Pada skrin Kunci, anda boleh menambah widget untuk menyemak waktu penggunaan anda.

• Mendapat pratonton interaktif semasa menetapkan hiasan latar.

• Melaraskan Always On Display dan skrin Kunci dengan lebih mudah.

• Menambahkan latar belakang panggilan untuk melihat gambar atau video semasa anda membuat atau menerima panggilan.

• Di Samsung Internet, anda boleh menyusun semula dan mengunci tab.

• Bixby Routines menyediakan lebih kawalan untuk membantu anda mengautomasikan kehidupan anda.

• Ikon baharu dan widget skrin Kunci memudahkan anda mencari dan mengawal rutin anda.

• Menggunakan Kesejahteraan Digital dengan profil peribadi dan kerja yang berasingan.



Ciri yang Dipertingkatkan

Skrin utama dan skrin Kunci

• Menambahkan widget dengan menyentuh dan menahan aplikasi pada skrin Utama.

• Mematikan skrin dengan mengetuk dua kali pada ruang kosong pada skrin Utama atau skrin Kunci. (Tetapkan dalam Aturan > Ciri lanjutan > Gerakan dan gerak isyarat)

• Pada skrin Kunci, ketik sekitar jam untuk melihat widget seperti kalendar, cuaca dan muzik.



Panggilan & Sembang

• Melihat perbualan secara berasingan di panel pemberitahuan. Bekerja dengan Mesej dan aplikasi sembang kegemaran anda.

• Mengeluarkan kenalan pendua yang disimpan dalam akaun yang sama dalam Kenalan dengan mudah. Storan kenalan yang dipadamkan telah dilanjutkan daripada 15 hari hingga 30 hari.

• Menambah keupayaan untuk menyunting beberapa kenalan yang dipautkan dari satu skrin.

• Menambah Sampah dalam Mesej sehingga mesej yang baru dipadamkan akan disimpan selama 30 hari.



Gambar dan video

• Mengambil gambar lebih cepat dengan auto fokus dan dedahan automatik yang lebih baik.

• Melihat, mengedit dan berkongsi gambar dan video dengan lebih mudah dari Galeri.

• Mencari gambar dan video dengan lebih cepat dengan ciri dan kategori carian baharu di Galeri.

• Mengembalikan gambar yang diedit ke versi asal pada bila-bila masa, walaupun setelah disimpan, agar anda tidak akan kehilangan sebarang gambar.



Aturan

• Aturan mempunyai penampilan dan suasana mudah yang lebih baharu. Samsung account anda ditunjukkan di bahagian atas dan aturan skrin Utama kini lebih mudah diakses.

• Mencari aturan yang anda perlukan dengan lebih mudah dengan ciri Carian baharu. Anda akan mendapat hasil yang lebih baik untuk sinonim dan ejaan salah dan anda dapat mengetik tag untuk melihat aturan kumpulan yang berkaitan.

• Butang aturan cepat telah dikurangkan untuk menyediakan hanya ciri yang paling lazim digunakan. Anda juga boleh menambah butang untuk membuat panel cepat yang disesuaikan sendiri.



Papan Kekunci Samsung

• Menambah bilangan bahasa input menjadi 370.

• Memudahkan untuk menampal gambar yang disalin dan kod pengesahan daripada mesej teks.

• Menambah cadangan emoji dan pelekat semasa anda masukkan emotikon berasaskan teks.

• Susun atur papan kekunci yang ditambah baik untuk memberikan ruang bar yang lebih besar ketika memasukkan alamat web dan e-mel.

• Aturan Papan Kekunci yang disusun semula supaya lebih mudah untuk mengakses aturan yang sering digunakan.



Produktiviti

Kekalkan keseimbangan yang sihat antara kerja dan kehidupan dengan mengurangkan tugas yang berulang dan rumit dan kendalikan dengan cekap.

• Rutin baharu akan disarankan mengikut kehidupan dan corak penggunaan harian anda.

• Bixby Routines menyediakan aturan untuk kembali semuanya seperti sediakala sebelum rutin bermula.

• Di Internet, anda dapat menyembunyikan status dan bar pemanduan arah untuk pengalaman yang lebih hebat dan menterjemahkan halaman web dengan cepat.

• Anda akan diminta untuk menyekat laman web yang menghantar terlalu banyak pop timbul atau pemberitahuan.

• Anda boleh melihat dan memilih fail pemacu awan daripada skrin pilihan fail dalam Fail Saya.

• Anda kini boleh memadam fail cache di Fail Saya untuk mengosongkan ruang storan dengan mudah.

• Peristiwa dengan masa mula yang sama dipaparkan sesama dalam bulan dan melihat agenda dalam Kalendar.



Media dan kawalan peranti yang mudah

Media dan kawalan peranti lebih mudah dengan panel media yang ditambah baik dalam pemberitahuan. Anda dapat melihat aplikasi media baharu digunakan dan menukar peranti main balik dengan cepat. Anda juga dapat semak aturan Android Auto di menu Ciri lanjutan dalam Aturan.



Kenal pasti dan perbaiki tabiat digital anda

Ciri Kesejahteraan Digital yang diperbaiki memudahkan anda memeriksa bagaimana anda menggunakan telefon atau tablet dan membantu anda membentuk tabiat digital yang baik. Menyemak penggunaan anda semasa memandu atau melihat perubahan mingguan pada waktu skrin anda dengan fungsi sekilas pandang melalui laporan mingguan yang dipertingkatkan.



Pencapaian untuk semua orang

One UI 3 mengesyorkan ciri pencapaian yang berguna untuk anda mengikut penggunaan anda. Jalan Pintas Pencapaian yang ditambah baik menjadikan ciri pencapaian lebih mudah untuk mula dan digunakan. Anda boleh menggunakan ciri Sebut input papan kekunci untuk mendapatkan maklum balas suara daripada menaip anda walaupun TalkBack dimatikan.



Perlindungan privasi yang lebih kukuh

Anda kini boleh membenarkan aplikasi mengakses mikrofon, kamera atau lokasi anda hanya sekali. Sebarang kebenaran yang tidak digunakan aplikasi dalam beberapa saat akan terbatal secara automatik. Anda tidak lagi boleh memberi kebenaran kepada aplikasi untuk sentiasa melihat lokasi anda dalam pop timbul kebenaran biasa. Untuk membenarkan aplikasi mengakses lokasi anda ketika tidak digunakan, anda perlu pergi ke halaman izin lokasi bagi aplikasi dalam Aturan.



Penambahbaikan tambahan

• Dalam Jam, anda dapat mendengar waktu dan nama pratetap penggera dibaca dengan kuat semasa penggera berdering.



Beberapa aplikasi perlu dikemas kini secara berasingan selepas kemas kini One UI 3.



Anda tidak lagi dapat menggunakan Wi-Fi Direct untuk menghantar fail ke peranti lain. Sebaliknya, anda boleh menggunakan Kongsi Berdekatan. Anda masih boleh menerima fail menggunakan Wi-Fi Direct.



Anda tidak lagi dapat menyambung ke Chromecast menggunakan Smart View. Sebaliknya, anda boleh menggunakan Google Home.

• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Kestabilan Kamera telah dipertingkatkan.
• Kesambungan dan kestabilan Wi-Fi telah dipertingkatkan.
• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

Wi-Fi
- Jika maklumat kualiti untuk penghala Wi-Fi berdekatan boleh diukur, maklumat ini akan dipaparkan sebagai Sangat Pantas, Pantas, Biasa, atau Perlahan.
  * Ciri ini boleh dihidupkan atau dimatikan dalam aturan "Paparan Maklumat Kualiti Rangkaian".
- Apabila mencuba untuk mencapai penghala Wi-Fi dengan kata laluan, ciri yang baru ditambahkan membolehkan pengguna meminta kata laluan penghala Wi-Fi dari seseorang berdekatan yang disimpan dalam senarai kenalan mereka dan telah disambungkan ke penghala tersebut.
  * Butang “Minta Kata Laluan” akan muncul pada skrin input kata laluan Wi-Fi apabila anda dapat meminta kata laluan.

Always On Display
- Pelekat Bitmoji disokong pada Always on Display. (Gaya jam)

Ppn kkunci Samsung
- Satu ciri baharu telah ditambahkan pada ciri carian papan kekunci yang membolehkan pengguna untuk mencari YouTube.
- Papan kekunci pisah disokong pada mod Landskap.
- Fungsi carian untuk skrin “Urus Bahasa Input” di halaman Aturan Papan Kekunci telah baru dikemas kini untuk membuatkan ia mudah untuk mencari bahasa input papan kekunci yang pengguna ingin tambah atau padamkan.

Kamera
- Ciri Video Pro telah dipertingkatkan.

Mesej
- Satu ciri telah ditambah bagi membolehkan pengguna memanggil seseorang yang telah disimpan sebagai kenalan mesej SOS yang telah dikonfigurasikan sebelumnya.
- Satu ciri telah ditambahkan bagi membolehkan pengguna menghantar mesej berkongsi lokasi SOS setiap 30 minit untuk tempoh 24 jam.

• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

· Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Kestabilan fungsi keseluruhan dipertingkatkan.

· Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Kestabilan Kamera telah dipertingkatkan.
• Kestabilan Skrin sentuh telah dipertingkatkan.
• Keselamatan peranti anda telah dipertingkatkan.

• Satu fungsi baru telah ditambah: AI Rona selfie pengoptimuman
• Kestabilan Galaxy Themes telah dipertingkatkan.
• Keserasian dengan aplikasi pihak ketiga telah dipertingkatkan.

• Prestasi Kamera telah dipertingkatkan
- Ciri baru yang ditambahkan. - Tangkapan Tunggal
- Kestabilan dipertingkatkan.  - Fokus langsung, Video fokus langsung, Contengan AR, Emoji AR, Malam Mod

Ulasan SM-F700F

Z Flip is the Worst Phone I Ever Had

I have always bought Samsung phone. Got the Z Flip as a Christmas present. Dropped it once and the phone screen turned black and I can't access anything anymore. The part where it folds is where it turned black. My older phone S9 still worked even after dropping it many times. This one just once and gone. It will be my last Samsung phone. I am switching to iphone. Sorry but I am so disappointed. This was not a cheap phone for me. Bye, Samsung.

Great

i bought 1 month ago . i’m really happy i’m enjoying using this device

Samsung Z Flip

The phone is great to start with, but over time the screen starts malfunctioning by not always coming on when opening the phone. You have to open and close the phone a few times to get it to turn on. Really really disappointed with this phone. I've always been and Samsung user but At the price I'm paying it is not even worth 5c. Worst phone ever.

Great features but fragile screen

It's over a year now and it's exciting experience except I had the screen replaced within the first month

GalaxyZFlip

I have owned this phone nearly 12 mths.I have love nearly everything about it,except for one thing.The screen is so easy to mark.

Love having a flip phone but...

My phone is nearly 2yrs old and through no fault of mine there is starting to get a crease (scratch) line where the screen folds so I now have no option but to buy another phone, I won't be getting another flip as obviously they don't last. Not good enough Samsung. It's apparently on me to either fix their fault or buy another

Disappointed by Samsung

I bought this phone 6 months back. 3 months after purchase the screen had a big line across its hinge where it folds. Contacted Samsung and was told they could not do anything because it was not an Australian variant. And now it has stopped working completely. What a let down for such an expensive phone!! Expected more from Samsung. They just lost my respect. Me and and my family have been loyal Samsung customers for the past 15 years, but if they can't stand by their products and customers, we will not buying from them anymore. Waste of hard earned money for a useless device that stopped working within 6 months !!

Screen broken in just over a year

I bought this phone in Nov 2020. It's just gone past its 1 year warranty period and the screen is now broken. In the middle of the screen where it folds has gone all black. Now the screen can only show the top and bottom part. Very disappointed in the phone. I thought the Samsung products' quality is pretty good, but this phone's quality is very poor. I never dropped the phone on the floor or spilled water on it, the phone screen's glass itself is not broken and doesn't have scratches. I don't expect a mobile phone to last my lifetime, but it should at least for 3 years when I look after it properly, which I did in this case.

Great design

I bought the phone in November 2020 and everything was amazing and I loved it however a few black glitches appeared within the first month but I ignored them due to them being small and on the side, not very noticeable. Not even a year later the middle of the screen, where it is folded, bubbled and became like a bumpy VERY noticeable line. Overall, the phone is amazing with great specs and all a bit of a pixled camera. Other than that and the screen everything is amazing. Not very worth the price for only a year usage.

لايصلح

اشتريت من شهر وللاسف مدخل الشاحن يهتز لاانصح به اطلاقا

Disappointed with my bad experience

I bought a Z Flip since almost 15 months, and currently the screen is partially damaged along the flip line, I believe that you need to defend your patent of flipping technology,

Folding screen fails after 3 months

Folding screen fails for no apparent reason except regular folding!

Great device and cute

I bought 2 device Last month ago I will buy another one more

Wonderful experience

I have bought the phone last week and it have completely fulfilled my requirements.

Wonderful experience

I bought it last, week and I am so happy with it, thank you for this amazing product.

Kami mengesyorkan menggunakan utiliti Samsung sendiri, Samsung Smart Switch dan OTA (Over-the-air), untuk menaik taraf peranti. Gunakan tapak kami hanya jika anda 100% pasti tentang risiko yang terlibat dalam memancarkan peranti anda SM-F700F: DBT. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan fail di laman web ini.
Firmwares yang disediakan di sini adalah semua Android Firmwares rasmi Samsung dan TIDAK diubah suai oleh kami kerana kami mendapatkannya terus dari pelayan KIES.
Kami memantau secara langsung semua kemas kini firmware untuk setiap peranti Samsung, di lebih 500 wilayah.
Berhati-hatilah, perisian yang berkelip secara manual boleh merosakkan peranti anda, menggunakannya dengan risiko anda sendiri dan ikuti langkah tutorial kami.

Google translate
Pencari versi terakhir